Friday, February 20, 2009

Sarah Sophia Ventures!

Assalamualaikum, terlebih dahulu saya kenalkan diri saya Yusnormala binti Yusof iaitu pengasas Sarah Sophia Ventures. Perniagaan saya bermula pada tahun 2001 secara kecil kecilan sekadar suka suka saja.Pada ketika itu saya mempunyai dua orang anak .Seorang lelaki dan seorang perempuan .Yang perempuan pada ketika itu sedang berusia enam tahun dan yang lelaki berusia tiga belas tahun . Keluarga menjadi keutamaan bagi saya .Saya mahu mememenuhi impian saya untuk mempunyai perniagaan sendiri tetapi tanpa mengenepikan suami dan anak anak saya .Saya telah mengambil keputusan untuk berniaga di rumah sahaja . Saya telah memulakan perniagaan saya dengan menjual kain kain ela untuk kaum perempuan .Tak di sangka hari demi hari perniagaan saya bertambah maju.Berkat restu suami dan dorongan yang diberinya pada saya . Tetapi saya masih tetap mahu berniaga di rumah kerana sentiasa mahu bersama anak anak .Saya bahagia dapat mencari rezeki yang halal disamping melihat anak anak saya membesar dengan kederat saya sendiri. saya masih dapat menjadi ibu seperti seprtimana suri rumah tangga yang lain .Saya telah menmakan perniagaan saya pada ketika itu dengan nama SARAH COLECTION sempena nama anak perempuan saya Sarah Liyana . Pada tahun 2004 sya telah di kurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Sophia . Oleh itu saya telah menukar nama syarikat saya kepada SARAH SOPHIA VENTURES setelah digabungkan nama kedua dua anak saya .

SStyuh